Untuk makluman, aku dah baca kisah pengembaraan Din Paiman di Jepun sebanyak 6 bab. Cuma tinggal lagi dua bab nak khatam.
Kalau nak cerita apa pengalaman aku baca buku ni boleh dikatakan macam aku pula yang ke Jepun. Boleh dikatakan aku baca je buku ni suhu panas membahang di Taman Universiti jatuh dengan drastik sedingin dan senyaman di Shimokitazawa. Lebih kurang macam tu la namanya pekan tempat Din dan kawan-kawannya menginap.
Masa bab 2 dan bab 3 diceritakan pula persembahan hebat dan ulung Hellexist di Tanah Jepun. Bayangkan sebuah kugiran crust berat dari Ulu Tiram beraksi di Tanah Jepun. Artis-artis arus perdana Malaysia pun entah-entah kempunan nak buat persembahan di Jepun. Tapi sebenarnya tiada sempadan dalam scene hardcore punk, band luar beraksi di Malaysia dan band Malaysia beraksi di luar adalah perkara yang biasa berlaku. Jadi untuk tarik feel pembacaan bab 2 dan bab 3, aku mainkan piring hitam 12 inci Hellexist Age of Death yang memuatkan 6 buah lagu kesemuanya sebagai muzik latar. Aku rasa macam aku pula yang pergi menyaksikan gig Hellexist di Morgana dan Sogen.
Selebihnya aku tak nak cerita. Cari, beli dan baca sendiri jika berminat. Penat taip karangan panjang berjela guna henpon ni.

No comments:
Post a Comment