Wednesday, April 22, 2015

Tutup

Pagi tadi dalam pukul 11 lebih aku makan tengahari kat Sedap Sup. Habis je aku makan nasi berlauk ayam aku disapa oleh sosok yang sangat aku kenali. Kawan satu course aku masa kat UTM.

"Keje ke?", dia tanya.

Dengan pantas dan yakin aku menjawab, "Tak. Aku ambik cuti tahun."

Aku sambung sedut teh o ais lepas tu aku menambah perbualan, "Kejap lagi aku nak balik kampung ni."

Lepas tu dia tanya balik naik apa.

Aku cakap naik bas je la.

Dia tanya lagi naik bas dari mana.

Aku cakap, "Macam biasala. Sri Putri. Takkan la nak ke Larkin."

Ya. Jarak dari Taman Universiti ni boleh tahan juga jauhnya. Ibarat macam dari Semenyih ke Stesen Maluri di kawasan Cheras Utara sana. Takde la jauh mana sebenarnya tapi dia punya panas dan sesak tu boleh buat separuh daripada iman kita hilang. Bukankah sabar itu separuh daripada iman. Kalau kau takde iman mungkin akal kau pun boleh hilang sekali.

Lepas tu dia menyoal, "Bukan ke Stesen Sri Putri dah tutup ke?"

Aku dengan penuh keyakinan dan tanpa ragu menjawab, "Ah, dah berapa kali cakap Sri Putri nak tutup, tak jugak tutup. Ramai orang bantah. Ko tak tau ke?"

Dia tanya lagi dah beli tiket ke

Aku cerita kat dia aku biasanya jarang beli tiket awal. Selalunya aku beli bila sampai stesen bas.

Kalau kau nak tau tiket bas raya pun aku tak pernah beli awal. Aku pegi stesen bas tak dapat tiket jadi aku naik bas lompat dari JB-Air Hitam, Air-Hitam-Segamat. Setibanya aku di Segamat nasib aku baik sebab aku dapat naik bas Transnasional dari Segamat straight ke Seremban. Kebetulan itu la bas yang last ke Seremban, bertolak jam petang. Kalau tak mampus aku tersadai kat stesen bas.

Habis perbualan pendek aku dengan kawan aku tadi aku pun lincah pulang ke rumah sewa pack barang dan bawa apa yang patut. Kemudian keluar dan tunggu bas seterusnya menaiki bas untuk ke Sri Putri.

Sampai je aku di Sri Putri aku tengok banyak kaunter tiket dah tutup. Takde bas ekspress yang berhenti dan menunggu di tepi jalan. Aku buat kesimpulan mungkin betulla stesen bas ni dah tutup. Tapi aku masih tak pasti lagi. Nak tanya orang pun muka aku tebal sebab nampak sangat la aku tak ambil tak tahu hal ehwal tempatan walaupun masa aku sekolah rendah dulu aku memang cemerlang dalam subjek kajian tempatan.

Tapi aku masih steady. Aku takde rasa nak menangis ataupun menyesal. Aku pun melayari internet dengan mesin kecil bernama telefon pintar.
Aku inginkan kesahihan. Mulut orang Malaysia ni bukan boleh caya sangat. Suka sebar khabar angin dan berita palsu. Dah puas cari maklumat yang aku rasakan sahih baru la aku tau yang stesen ni dah tutup sejak tarikh GST bermula. Sapa yang tak ingat tarikh GST bermula maka dia adalah monyet.

Tapi aku ada juga kaunter tiket yang dibuka. Cuma itu bukan kaunter tiket syarikat bas pilihan aku. Untuk perjalanan JB -KL ni aku suka naik bas KKKL atau lebih dikenali sebagai bas gagap. Tapi prestasi bas ni sangatlah cemerlang dan tak segagap yang disangkakan.

Hidup ni memang perlu hadapi risiko. Jadi aku merisikokan diri aku untuk ke kaunter yang aku sebut tadi. Risiko aku kena sembelih dengan harga tiket yang sangat mencekik adalah tinggi dalam keadaan genting begini. Tapi bila aku tanya harga tiket dia jawab RM40 dan dia terangkan yang harga tiket cuma RM35 je, lagi RM5 ongkos tu tambang ke Terminal Tun Aminah.

Cerita lepas tu aku pegi ke Terminal Tun Aminah menaiki awan terbang macam dalam cerita Dragon Ball tu. Berbaloi juga bayar RM5 naik awan terbang.

Dah. Aku nak tido. Malas nak cerita banyak lagi.




No comments:

Post a Comment