Thursday, April 23, 2015

Deep



Pergi ke Tanah Suci hati kena suci, bukannya niat nak melancong. Adalah tidak adil untuk menyamakan melancong ke Eropah dan ke Tanah Suci hanya kerana alasan 'mampu'. Nak ke Tanah Suci bukannya setakat mampu dari kewangan saja. Fizikal, mental, hati, ilmu dan keyakinan pun nak kena tip top juga. Bukannya main redah macam pergi Bazaar Karat JB. Orang pergi Eropah mungkin ada banyak sebab dan tujuan. Mungkin juga dia melancong sambil ada urusan kerja. Lagipun bukankah Islam menggalakkan penganutnya mengembara dan bermusafir sambil mengagumi kebesaran Tuhan? Punya lah luas bumi ciptaan Tuhan takkan la Mekah saja yang kau nampak? Dan tak salah rasanya melancong ke Eropah sebab hukumnya harus. Apa guna kalau berjaya buat orang makan dalam tapi diri sendiri gagal untuk fikir dalam-dalam.

No comments:

Post a Comment