Ni je la koleksi yang aku dapat bina dan kumpul buat masa ni. Penat juga membina kereta berskala 1:24 ni. Dari proses membuang mould line, mengemplas , mengecat, memasang, memasking, detailing dan menggilap. Memang penat. Tapi ianya lebih seronok daripada kau beli diecast yang dah siap sebab seronok membina dan mengubah suai ikut citarasa dan kreativiti sendiri. Memang ada orang custom diecast macam hot wheels tapi model plastik ni dia lagi detail. Nampak macam kete betul.
Kau tahu kadang-kadang orang kita tak reti nak appreciate benda seni yang memerlukan kreativiti macam ni. Yang dia tahu "Kucai, tolong buatkan aku punya." takpun "Kucai, tolong buatkan untuk aku Proton Saga". Abah dia. Celah mana nak cari model kit Proton Saga. Model yang terdekat dengan Proton Saga iaitu Lancer Fiore pun aku tak pernah nampak lagi.
Kalau dia cakap mahu belajar dan join sama-sama membina model kit ni aku rasa seronok juga. Aku boleh turunkan ilmu kemahiran dan dia pun boleh berkongsi dengan aku benda-benda yang dia tahu tapi aku tak tahu. Bukankah hidup lebih indah kalau kita sentiasa belajar dan berkongsi ilmu? Lagipun dalam area Semenyih ni aku rasa macam aku sorang je yang main model kit. Kalau ada yang betul-betul berminat, dipersilakan.. Sekurang-kurang aku tidak keseorangan. Boleh buat gathering atau TT kecil-kecilan.
Tapi buat masa ni aku banyak menghabiskan masa di Johor Bahru. Di Johor Bahru ni ramai juga yang bergiat aktif dalam hobi ni. Masalahnya aku pula yang segan silu untuk join mereka sebab hasil kerja mereka yang jauh lebih kemas. Seolah-seolah menggunakan airbrush walhal mereka hanya menggunakan cat aerosol berjenama Anchor, Bosny dan Toa yang biasa kita lihat di kedai hardware. Memang aku sangat kagum. Rasa macam nak menangis pun ada. Bahkan ada yang hasil kerja mereka telah dipamerkan di Shizuoka Hobby Square di Jepun sana dan dikagumi oleh rakyat Jepun.

No comments:
Post a Comment