Sunday, September 25, 2011

Saya dan Teknologi #2


Semalam hari yang mengujakan buat gua. Buat kali kedua gua tonton drag kat Johor Circuit. Yang lagi mengujakan siap participate lagi. 4 round pulak tu tapi 4 - 4 kalah. Haha.. Sebenarnya bukan gua yang drive. Gua cuma jadi co-driver je.. keh keh keh.

Gua sebenarnya baru je nak berjinak-jinak dalam sukan dan teknologi permotoran sebab banyak benda yang gua boleh belajar daripada bidang ni. Lagi satu, mendalami ilmu dan teknologi permotoran ni satu bonus jugak buat gua sebab gua amik course mechanical engineering kat UTM. Gua ambik course yang bagus tapi itu tak bermakna gua bagus dalam pelajaran. Jadi, dengan menjinak-jinakkan diri dengan teknologi automotif ni serba sedikit gua dapat memahami dan mengadaptasi apa yang gua perhati ke dalam sesi pembelajaran gua di universiti. Sebab apa? bidang mekanikal dengan main enjin kereta kan tak jauh. Mungkin satu hari nanti bila gua dah ada kereta gua boleh jugak mengaplikasikan apa yang gua pelajari di universiti secara teori dan mempraktikkannya pada kereta gua supaya kereta gua lebih power berbanding kereta-kereta standard. Malu la woi kalau engineer pakai kereta yang bentuknya macam tin biskut, enjin pekak pulak tu. Sekurang-kurangnya tak la sia-sia ilmu yang gua belajar kat universiti. Berguna la jugak walaupun pointer cukup-cukup makan.

Gua patut berbangga walaupun gua tak ambik option Internal Combustion Engine, gua dah kenal sikit-sikit enjin 4G67, 4G63, B series, K series, RB25, RB26, Orion, Megavalve tapi gua tak ingat la berapa power dengan torque tiap-tiap enjin. Malu la woi ambik IC engine tapi tak kenal enjin. Kah kah kah... belagaknya gua.

1 comment: