Thursday, September 8, 2011

Hooligans

Skang ni dah jadi trend penerbit dan pengarah filem kat Malaysia keluarkan filem gengster.

Cerita gangster idea lapuk la... tak cool. Setakat banyak aksi sepak terajang darah memancut sana sini tapi plot cerita cliche baik tak payah buat la.. boring la woi! kalo stakat nak tunjuk abang long bapak long punya kuasa buang masa gua je...kasi gua muntah lagi ada la...

Kamon la penerbit dan pengarah filem, sampai bila nak jadi bodoh... cuba la cari idea baru sikit.

Gua tak minat bola... tapi gua minat gila cerita ni.

Kamon, kenapa takde sorang pun penerbit dan pengarah filem terfikir nak buat cerita pasal football hooligan kat Malaysia?

Nampak sangat penerbit dan pengarah filem kat Malaysia tak peka dengan situasi semasa. Kalo diperhati dari sudut pandang yang luas majoriti rakyat Malaysia gila bola, sampai ada yang terlampau fanatik dengan team bola masing-masing.

Jadi bila dah fanatik pada team bola scene football hooligan kat Malaysia ni pun gila jugak la kan? kan? kalau tak takkan la sampai main bakar-bakar stadium.

Bohong la kalau cerita pasal football hooligans tak banyak aksi. kalo dah ada babak gadoh-gadoh dengan team bola lain + kena hempuk dengan cota polis kan banyak aksi. Silap2 lagi banyak darah dari filem gangster.

Tu baru aksi gaduh, belum lagi aksi 90 minit kat atas padang. Taruk sikit babak Khairul Fahmi tangkap bola, taruk babak Safee Sali jaringkan gol dari tengah-tengah padang. Amirul Hadi buat slide tackle. Ada ludah-ludah kat atas padang. Ada foulplay sikit. Referee kejap-kejap keluar kad merah, kejap keluar kad kuning. Coach dengan manager bagi watak yang emo-emo sikit biar nampak lagi dramatik. Lagi OK hape dari filem-filem gangster.

Kalo dah buat cerita pasal hooligan nanti gua tak mahu soundtrack lagu Hujan atau Hazama AF9.

Taruk lagu The Oppressed la.. baru feel...



THE OPPRESSED - RUN FROM YOU

Traveling away with the football crowd,
Out with the lads, feeling proud,
We're getting shit from the other lads
We're getting shit and it makes us mad

Should I go, should I stay
Should I fight or run away
I just don't know what to do
But I, won't run from you

Saturday night on the piss with the boys
Causing trouble, we're making noise
Then along come the boys in blue
And I just don't know what to do

Saturday morning it's always the same
Body full bruises, I'm in pain
I don't know just what I fought
Its always me,who gets caught

No comments:

Post a Comment