Sedar-sedar tak sedar gua dah final year kat UTM ni. Gua harap-harap gua tak ada tahun 5 kat UTM ni. Gua rasa tinggal kat UTM ni boring yang amat. Gua kat UTM ni banyak tido.. main laptop. Tu je la benda yang gua buat selain daripada study (Kalau la gua study).Buat benda-benda rutin dan membosankan. Kalau nak ikutkan hati, tiap-tiap minggu gua nak balik rumah. Tapi disebabkan factor kewangan gua plan nak balik rumah sebulan sekali. Lagi satu gua tak suka kat UTM ni gua kena banyak berfikir dan banyak sangat urusan dan banyak sangat kerenah birokrasi. Lebih-lebih lagi pasal tajuk PSM. Gua dah elok-elok book tajuk PSM gua kat kaunter fakulti rabu lepas. Entah macamana member gua pulak yang dapat. Hangin gua. Sekali gua pergi tanya kat kaunter fakulti abang tu cakap dia tak cek betul-betul, dia terus tersilap call member gua. Sepatutnya dia call gua dan inform kat gua yg gua dah dpt tajuk PSM. Tapi abang tu sendiri cakap aku memang layak dapat tajuk tu sebab aku hantar borang awal. Lepas tu abang tu cakap dia nak setelkan hal ni dan pastikan gua dapat tajuk tu, member gua tu dia letak under lecturer lain. Harap-harapla abang kaunter ni boleh diharap dan benda ni setel cepat. Jangan setakat janji je tapi tak buat. Kalau tak lagi serabut kepala gua.
Bukan tu je yang gua harapkan, gua harap gua dapt habiskan program ijazah ni, dapat pointer sedap-sedap sikit. Lagi cepat gua habis belajar, lagi cepat gua dapat ijazah dan lagi cepat jugaklah gua blah dari UTM ni.. Gua tak sanggup dah nak belajar lama-lama. Gua nak pegang duit, nak kerja dan nak beli kereta. Nak main v-tec. Nak terjun scene Honda Civic dan nak buat apa-apa yang gua tak terbuat masa gua belajar. Dan paling penting gua nak hidup tenang, aman dan damai kerana kunci ketenangan itu terletak pada pelajaran yang tamat sepenuhnya dan kewangan yang stabil.
Bila gua fikirkan balik kata-kata sorang kawan gua, gua rasa ada betulnya. Kau pergi la mana-mana ceruk kat dunia ni. Lama-lama kau akan rasa boring dan rasa sedap lagi lepak kat kampung kau.
No comments:
Post a Comment