Monday, September 26, 2011

Beranak

Ada yang panggil ringgit,
Ada ysng panggil dollar,
Ada yang panggil baht,
Ada yang panggil rupiah.
Semua itu duit... bikin orang belit...
-M. Nasir-

Kadang-kadang gua terfikir juga pasal masa depan gua nanti. Gua terbayang apa jadi pada gua tahun depan, 5 tahun depan, 10 tahun depan dan jugak 50 tahun depan. Apa kerjaya gua? Kawin umur berapa, anak berapa ramai, berapa income gua dan macam-macam lagi. Gua fikir semuanya memerlukan duit. Gua pun tertanya-tanya jugak kerjaya macam engineering ni stabil atau pun tak. Maklumlah rezeki seorang engineer ni terletak pada projek. Kalo projek berjaya untung la... income masuk, tapi kalau projek gagal.. nahasla ko nak menjawab.

Kalau gua ada financial backup mungkin gua boleh survive bila sesuatu hal berlaku di masa akan datang. Kita tak boleh duga apa masa depan kita. Hari ni kau berjaya tak semestinya masa depan kita baik. Kita tak tau semua tu.. jadi financial backup ni perlu.

Ari tu gua bersembang-sembang dengan member gua pasal betapa sucknya bisnes MLM. Semua orang nak jadi kaya tapi tak semua orang percaya bulat-bulat sistem MLM ni. Walaupun MLM ni boleh dikatakan berkesan dalam membuat duit kau beranak-pinak, status halal haramnya masih lagi diragui sebab ada macam unsur-unsur penindasan. Downline la yang teruk tertindas. Lagi satu, risiko untuk kau hilang duit memang besar. Kebanyakan orang yang masuk MLM ni poyo lebih bila cerita pasal bisnes. Ada rumah besar la, pakai kereta harga 1 juta la.. Kononnya dengan cara gebang besar macam ni dia boleh tarik ramai downline. Yang tak boleh blah ada yang desperate sangat sampai nak kena guna agama. Guna hadis nabi:

"9/10 rezeki datang daripada perniagaan."

Gua bukan nak menafikan hadis nabi. Tapi kalau sabda nabi digunakan untuk mengklepet orang. Gua rasa tu tak patut. Orang yang poyo guna ayat ni untuk tarik downline pun bodo tak faham ayat ni.

Aku bagi satu contoh la. Kalau kau kerja engineer. Kau menjual kepakaran kau dalam menyelesaikan projek yang diberi. Bila projek setel, kau akan dibayar melalui gaji bulanan oleh majikan. Itu pun dah kira perniagaan jugak la kan. Kau buat kerja, bila kau kau buat kerja kau jual perkhidmatan dan kepakaran kau, kemudian kau dibayar. Jadi apa aku nak cakap kat sini makan gaji pun termasuk dalam 9/10 rezeki. Perniagaan tak semestinya meniagakan produk. Boleh jadi kau niagakan idea, kepakaran, rundingan, bantuan dan macam-macam lagi.

Gua nasihatkan orang yang teerdesak sangat nak cari downline janganla bodoh sangat. Pegi la banyakkan membaca sebelum keluarkan apa-apa point untuk tarik downline baru. Sebelum gunakan apa-apa hadis untuk tarik downline. Cek la dulu status hadis tu. Janganla nak poyo berlagak alim tapi tak tahu apa status hadis tu. Jangan la terlampau confirm sangat. Oh ya.. pasal status hadis 9/10 tu korang boleh baca kat sini.

Ceh, jauh jugak gua melencong. Sedang asik sembang-sembang tiba-tiba sorang member gua bukak pulak cerita pasal dinar emas, saham emas, simpanan emas, ikan emas dan apa-apa yang bersangkut paut dengan emas. Member gua cakap cara senang nak buat duit beranak tanpa sebarang risiko ialah dengan beli emas, simpan lama-lama, bila harga emas melonjak naik lu jual. Harga emas ni sebenarnya sentiasa naik dari hari ke hari, kalau turun pun tak banyak. Dia turun sekejap je lepas tu harga dia akan naik balik. Mungkin ini cara pelaburan paling selamat dan tak rugi.

Ntahla. Gua pun tak tahu apa cara yang best untuk buat duit beranak, semua pelaburan ada risiko. Yang pasti gua menyirap sebab elaun JPA tak masuk lagi dan gua terlupa no pin ATM CIMB gua. Tak guna!

No comments:

Post a Comment