Wednesday, April 27, 2011

Jalan

Semalam aku tak boleh tidur. Kau tau apa yang aku fikir?

Masa depan. Itu sudah tentu. Tapi sebenarnya aku nak cerita benda yang lagi spesifik.

Aku tak boleh tidur sebab memikirkan jalan nak ke tempat LI aku. Aku mula teringatkan papan tanda lencongan, besi-besi rangka konkrit, jentera-jentera sodok dan steam roll, batu-batu kerikil yang bersepah atas jalan dan tak kurang juga permukaan tar yang pecah sana sini.

Hell. memang hell... macam baru lepas perang. bila dah ada lencongan mesti jalan akan jadi sesak. Nak mengharung kesesakan dah satu hal.

Jalan dia pun bukan setakat kereta saja yang lalu. Bas kilang lalu. Lori lalu. Treler lalu. Bila dah jalan banyak kenderaan berat yang lalu, mesti akan mengundang bahaya kepada kenderaan-kenderaan kecil. Kena pulak time cuaca tak elok.

Kemudian, gua berfikiran positif. Gua ibaratkan jalan itu sebagai kehidupan gua. Gua anggap liku, lencongan dan rintangan itu sebagai satu ujian.

Kemudian, hati gua pun berbisik, "Dalam dunia ni mana ada benda yang senang. Semuanya ujian dari Tuhan."

Orang kaya diuji dengan kekayaannya,
Orang miskin diuji dengan kemiskinannya,
Yang sakit diuji dengan penyakit yang dihidapinya,
Yang sihat diuji sejauh mana dia bersyukur dengan nikmat kudrat yang diberikan.

Manusia, baik yang senang atau susah semuanya diuji Tuhan.

Tapi ada yang selalu lupa, selalu mendabik dada dan berbangga-bangga dengan kesenangan yang ada.

Yang sentiasa hidup senang, jangan lupa satu masa nanti ada musibah bakal menimpa.
Yang sentiasa susah. Jangan berduka. Kelak ada hikmah bakal menjelma.

Kadang-kadang aku panas hati dengan perangai sesetengah manusia.

Time orang tengah bersedih,susah hati time tu la dia bukak cerita pasal kesenangan hidup dia.

Nasib orang tu dahla tengah tak baik, dia pulak add fuel to the fire dengan buat statement direct, "Peh... nasib baik aku tak jadi macam ko."

contoh, situasi macam ni:

si A baru kematian bini. si B pulak datang kat si A sambil berkata, "nasib baik bini aku tak mati macam bini ko."

kalau kau jadi si A, kau hangin tak?

Aku rasa orang-orang macam ni sama spesis dengan Rosmah Mansor. Elok sumbat mulut dia dengan kasut saiz 11.

Aku rasa apa yang aku tulis ni dah lari dari tajuk.

No comments:

Post a Comment