Telah diceritakan oleh kawan-kawan gua yang di kolej gua dulu ada satu kes bunuh diri lebih kurang 6-7 tahun dulu. Seorang pelajar mati menggantung diri.
Lalu gua pun bertanya, " Sebab apa dia bunuh diri?"
Kawan gua pun menjawab, "Sebab tak dapat 4 flat."
Gua bertanya lagi, "Teruk sangat sangat ke resultnya?"
Lalu dia pun menjawab, "Ceritanya macam ni, budak ni dah final sem. Tiap-tiap sem dia dapat 4 flat. Dia expect dia grad dengan result 4 flat. Tapi malangnya masa final sem tu ada satu subjek dia dapat A-. Jadi result dia pun jadi 3.9 something. Dia frust sebab tak dapat apa yang dia expect. Sebab terlampau frust dia pun bunuh diri."
****
Kalau bunuh diri sebab rasa bersalah teramat sangat, gua boleh faham lagi.
Kalau bunuh diri sebab tak tahan hari-hari kena seksa, gua boleh faham lagi.
Kalau Kurt Cobain bunuh diri, gua faham apa sebabnya.
Kalau Rosmah Mansor ataupun Taib Mahmud bunuh diri, gua tak ambik kesah sangat..
Tapi kalau bunuh diri sebab dapat 3.9 something, gua rasa ini bodoh!
Baru dapat 3.9 something dah nak bunuh diri. Kamon la... gua cuma 2.9 je hidup lagi sihat walafiat. budak-budak yang flunk masih lagi ceria merayakan kehidupan. member gua fail addmath SPM, boleh ambik STPM... dah dapat keje sedap dah pun.. sebab apa? sebab dia tak bunuh diri.
3.9 kalau grad universiti dapat keje sedap bro... memang rugi la budak yang bunuh diri tu.
Bunuh diri bukan jalan terakhir kehidupan. Hidup ini satu perjuangan dan ianya mesti ditempuh walaupun kadangkala ianya sukar. OK, itu saje cerita gua.
No comments:
Post a Comment