Mimpi.
Semua orang bermimpi
Aku bermimpi
Kau juga bermimpi
Mereka juga bermimpi
Cuma yang membezakan kita semua adalah jalan cerita mimpi kita.
Hidup.
Semua orang hidup.
Aku hidup.
Kau juga hidup.
Mereka juga hidup.
Cuma liku-liku dan pilihan hidup yang membezakan kita.
Masih tak mengerti?
Nyata yang kamu hanyalah sebuah mesin daripada besi dan keluli
Yang tak punyai hati dan nurani.
Yang tak pernah hidup dan bermimpi.
Mimpi itu pasti bagi kita yang hidup
Dan hidup ini ibarat mimpi
Mimpi sebelum kita bangkit ke dunia realiti
Iaitu akhirat yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment