Cerita mana?
Cerita melayu tu.. dah lama dah cerita tu.. cerita tu cerita tahun 80an.
Ooo.. cerita tu .. aku pernah tengok cerita tu.. hah! kenapa?
Ko nak ikut kitorang?
Pegi mana?
Pegi tempat tu..
Pegi tempat diorng belakon cerita tu?
Bukanla... pegi tempat orang kena tanam dalam dinding tu...
Real ke berlakon?
Real la. orang kena bunuh pastu mayatnya disimen dalam dinding.
Nak pegi tak?
Nakla. Jap. tunggu aku pakai seluar dulu.
***
Pokjak, mung ni bior beto.. Kat mana tempat tu jak..?
Danga. Kat Straits View.
***
Lebih kurang 1.30 pagi. , kitorang ke tempat yang dimaksudkan. Tempat yang kitorang pegi ni jugak dikenali dengan nama Villa Nabila bersempena dengan nama seorang perempuan yang dibunuh di kawasan ni. Tempat ni memang urband legend kat JB. Angker gila tempat ni. Jarangla orang datang tempat ni malam-malam.
Ni baru dia punya entrance.
Satu hari nanti mungkin kitorang akan pegi sana lagi.
Di bawah ni aku copy paste serba sedikit kisah tentang Villa Nabila yang terdapat dalam pelbagai versi. Yang mana satu sahih aku pun tak pasti.
VERSION 1 - kredit to akuadamjuni
Ada sekeluarga yang bahagia tinggal di villa itu. keluarga itu dianugerahkan pewaris kekayaan dan dialah si jantung hati kepada keduaorang tuanya.
nabilla nama diberi. aku tidak berapa tahu latarbelakang keluarga itu, tapi kalau aku nak reka2 cerita boleh sahaja.tapi aku tak mahu ok!
nabilla telah di bunuh dengan kejam oleh amah di rumah itu. mayatnya di simenkan sekali bersama rumah itu.
mengikutcerita saksi yang pernah masuk kedalam rumah itu, segala perabot dalamrumah itu masih ada dan dalam keadaan baik. terdapat juga gambar2nabila di atas meja ruang tamu utama rumah itu."
VERSION 2
Nabilla dan keluarganya adalah dari golongan berada. Banglo yang tersergam indah betul2 berhadapan dengan laut dan sangat cantik pemandangannya. Namun sekarang banglo tersebut dipenuhi semak samun dan agak horror bile dilihat. Dengar ceritanya keluarga Nabilla telah dirompak dan dibunuh dengan kejam. Kesemuanya mati dalam keadaan sadis dan sejak dari itu, banglo tersebut tidak berpenghuni lagi.
VERSION 3
Keluarga NAbilla telah dirompak dan Nabilla telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Mayatnya ditanam di dinding rumah tersebut.
VERSION 4
Keluarga Nabilla adalah golongan berada dan mereka hidup dalam keadaan harmoni. Tanpa diketahui sebab musababnya, tiba2 satu hari bapa Nabilla mengamuk dan menembak semua orang dalam banglo tersebut dan kemudian membunuh dirinya sendiri.
VERSION 5
http://www.mohdmuzamel.com/2010/08/villa-nabila.html
Saya, Fahmi, Badrul, Izy dan Uyul memecut laju dengan Alza putih. Sebenarnya, Uyul mahu menunjukkan saya port baik untuk steambot untuk berbuka puasa minggu depan. Memang banyak betul restoran steambot di area Pelangi Indah.
Di dalam kereta,
"kau orang tau pasal Villa Nabila?"
Masing-masing diam sambil tersengih. Saya terpinga-pinga.
"Villa ape?""Haha, nanti aku bawak"
Alza putih meluncur laju ke Istana Bukit Serene. Berhampiran dengan area istana kerabat diraja Johor itu merupakan tempat kediaman kakitangan kerajaan negeri yang tak jauh dari Pantai Lido.
"kau nampak pokok besar tu?"
Sebatang pokok yang memang besar masih gah berdiri. Gelap dan sedikit menyeramkan. Dibelakangnya terdapat sebuah villa usang.
Belasan tahun dahulu, di Villa itu tinggal sebuah keluarga. Keluarga kaya raya orang kerajaan. Si suami, isteri baru dan seorang kanak-kanak bernama Nabila. Mengikut apa yang saya tahu, ibu Nabila tersebut bukanlah ibu kandungnya. Dia hanya ibu tiri kepada Nabila. Segala kekayaan akan diwarisi oleh Nabila yang masih kecil.
Oleh kerana tamak, ibu tirinya membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding rumah lalu disimen. Bertahun-tahun kemudian, misteri kehilangan kanak-kanak tersebut terbongkar oleh pihak polis.
Dan mengikut kata orang disini, setiap kali orang kerajaan yang berpindah masuk ke villa itu tidak akan tenteram. Akhirnya, villa tersebut ditinggalkan begitu saja sampai hari ini.
No comments:
Post a Comment