Korang pernah nampak hantu? Aku pernah jugak masa aku kecik-kecik dulu. Cuma aku tak ceritakan kat orang sebab ramai tak percaya cerita aku. Aku ni bukannya berani sangat walaupun aku dah jejak kaki ke Villa Nabila pukul 1-2 pagi. Sebenarnya aku takut jugak. Bukannya aku tak pernah nampak benda-benda macam ni. Sekali nampak rasa macam jantung berhenti. Terasa darah tak sampai kepala. Aku rasa time tu muka aku memang pucat gila babi. Memang takut la. Nak lari pun kaki rasa macam kaku. Horror la sial... Aku nak cerita satu cerita hantu aku kat korang. Cerita ni dah lama dah.. aku rasa masa aku darjah 3 kot. Ceritanya begini:
Rumah nenek aku ni kawasan felda. Masa aku kecik dulu rumah nenek aku ni takde lampu jalan. Bila malam dia punya gelap pun lain macam. Bukan macam kat KL. Kalau keluar rumah takde torchlight memang mengharapkan cahaya bulan je la.. Itupun kalau time tu bulan cerah.
OK la. Aku rasa elok aku straight to the point. Ada satu malam tu nasib aku memang tak berapa baik sebab perut aku tiba-tiba meragam tengah-tengah malam. Memang suwey la kalau perut meragam tengah-tengah malam. Jamban dah la kat luar. Jauh pulak tu. Leceh betul kalau rumah jamban kat luar ni. Mau tak mau terpaksa la aku berak malam-malam pukul 2 pagi sorang-sorang. Kalau terus jugak tahan berak alamatnya tak boleh tido la aku malam tu. Jamban dia tak payah cerita la.. nak sampai ke jamban je kena redah belukar dalam setengah batu. Dalam situasi macam ni seorang budak berumur lebih kurang dalam 9 tahun memang patut takut. Eleh.. jangankan budak umur 9 tahun, sepupu aku yang dah umur 20 lebih tu pun takut. Memang berani jugak la aku time tu sebab aku pegi sorang-sorang, nak mintak tolong orang besar temankan semuanya malas, takpun diorang malu nak mengaku yang diorang sebenarnya takut. Aku keluar rumah bawak torchlight sebab gelap sangat, tak nampak jalan. Dipendekkan cerita, masa aku on the way tu aku nampak Kak Limah bertenggek atas dahan pokok kekabu. Aku saspek langsuir sebab langsuir memang suka jadikan pokok kekabu sebagai port lepak dia. Aku dengar cerita langsuir ni rasuk orang lepas tu hisap darah orang tu dari dalam badan sampaila orang tu mati. Wo... kalau hantu tu setakat nak sakat gitu-gitu je aku tak kisah sangat. Ni main hisap darah pulak dia. Dah la time tu aku dah setengah jalan. Nak patah balik pun kena fikir 3-4 kali. Aku dah tak tahan sangat nak berak ni. So better aku lepaskan ASAP. Lagi lama aku tahan lagi sengsara. Tapi aku teringat cakap nenek aku, kalau kita dah terpaksa sangat lalu tempat dia, jangan toleh kiri jangan toleh kanan, toleh belakang lagi la jangan. Jangan ditegur benda yang kita nampak tu. Angkat kaki langkah seribu pun jangan. Anggap macam benda tu tak wujud.Baca ayat kursi banyak-banyak. Aku pun buat la macam apa yang nenek aku pesan. Takut punya pasal sampai dalam jamban pun aku teruskan jugak baca ayat kursi. Aku rasa setan-setan yang lepak kat dalam jamban tu mesti ramai yang melecur terbakar. Cuma time berak je aku tak baca ayat kursi sebab aku tumpukan sepenuh perhatian pada apa yang aku lakukan time tu. Habis berak, bilas lebih kurang, terus blah jalan laju-laju masuk bilik terus tido. Tapi yang sebenarnya cerita yang aku tulis ni cuma rekaan je. Terima kasihla sebab baca cerita aku ni sampai habis. Hahaha.
No comments:
Post a Comment