Monday, March 21, 2011

Passport

Dalam dunia yang banyak negara ni, aku rasa passport adalah satu lagi dokumen penting buat aku selain daripada surat beranak, IC dan sijil SPM. Dengan adanya passport, aku boleh keluar masuk negara ni sesuka hati tanpa perlu ada kerisauan ditangkap polis atau imigresen di negara orang kerana menjadi PATI di negara orang.

Setiap kali aku melalui area pantai lido, aku hanya mampu memandang ke arah pulau Singapura seraya berkata, "Alangkah indahnya sekiranya aku mempunyai passport". Sayang seribu kali sayang, hanya tinggal beberapa kilometer saja lagi aku dah boleh menjejakkan kaki di negara orang. Disebabkan tiada restu dan izin daripada Imigresen aku tidak berani untuk berbuat demikian. Hanya passpot sajalah yang menjadi bukti yang aku direstui oleh imigresen untuk ke luar negara.

Lagipun sem depan member-member aku dah plan nak ke Phuket. dan tahun depan aku nak ke Korea Selatan untuk GOP. Memang patut sangatla aku buat passport.

No comments:

Post a Comment