Lu jangan nak mengaku lu duduk Semenyih dah lama kalau lu tak kenal orang ni. Gua teringat masa gua darjah 6. Gua nampak orang ni bawak basikal masuk sekolah agama. Lepas tu ada sorang budak kelas gua bersuara, "Eh, tu anak P. Ramlee la...".Satu kelas kecoh, semua menuju ke tingkap untuk menyaksikan siapa gerangan anak P. Ramlee tu. Kemudian, sorang lagi bersuara, "Itu Sazali, anak P. Ramlee". Satu kelas kecoh sebab ada yang macam tak percaya tu anak P. Ramlee.
Sejak hari tu baru gua tau anak P. Ramlee duduk Semenyih. Orang cakap dia duduk dengan mentua dia kat Kampung Sentosa. Itu yang gua dengar dari mulut orang Semenyih sendiri. Dia kerja tukang sapu kat Alam Flora. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa dia keje tukang sapu. Bagi gua, dia ada hak untuk memilih jalan hidup dia sendiri. At least dia buat bandar lagi bersih dengan menjadi tukang sapu dan tak menyusahkan orang macam orang yang pegi sembahyang jumaat naik toyota estima. Suka bikin jalan jam.
No comments:
Post a Comment