Friday, January 21, 2011

Nostalgia Sekolah Menengah



Gua baca post terbaru dan terlatest (haha.. word baru nih) dari Bangun Berdiri. Kemudian ingatan gua melayang ke masa lampau dan gua rasa seolah-olah kembali ke zaman gua di bangku sekolah menengah, mungkin jugak di bangku kantin sekolah sambil menghirup bihun sup. Zaman ketika lagu-lagu A.C.A.B., The Official, Roots N Boots, The Maniacs dan Saturday Heroes sering dimainkan dalam walkman Aiwa gua. Nak beli Walkman Sony gua tak mampu. Lain la kalau bapak gua guru besar sekolah kebangsaan. Mak gua pulak ustazah besar kat sekolah agama. Mungkin mampu la kot..Hahaha. Berdasarkan congakan gua, zaman tu agak-agaknya lebih kurang 8 tahun dulu. Dah lama dah...



8 tahun dulu gua jugak ada beli satu kaset compilation band-band Oi! dari UK. Dari situ gua mula mengenali Sham 69, Cockney Rejects, The Business, The Oppressed, Angelic Upstarts, Blitz, Cock Sparrer, The Last Resort dan macam-macam lagi band Oi!. Zaman tu gua tengok budaya skinhead jadi ikutan dan kegilaan anak muda waktu tu. Gua lain.. gua cuma dengar muzik je. Gua rasa tak perlu la ikut culture yang bukan-bukan untuk enjoy masa muda. Buat apa saja asalkan yang baik suda...masing-masing mempunyai pilihan hidup sendiri kan?

Plaza Metro Kajang tahun 2003 memang berlambak mat-mat rambut yang panjangnya bawah 1 cm dan memakai safety boot tiap-tiap hari Sabtu. Vespa berderet-deret parking kat depan restoran Al-Ehsan. Kadang-kadang ada juga dengar berita orang gaduh. Alah.. biasa la gaduh.. laki bini pun gaduh kan.. tapi yang tak biasanya bila gaduh pakai ragum paip, sepana hidup, pisau rambo, silap aribulan ada nyawa yang melayang sia-sia di jalanan. Member-member gua cerita kat JB lagi gila dengan dia punya JB Riot.

8 tahun kemudian... semuanya berubah. Tiada lagi bootboys berkeliaran. Begitu juga di JB. Yang ada hanyalah budak pakai topi tenggek, budak pakai baju 'Saya Sayang Mak Saya' tapi belakang mak dia buat benda tak senonoh dan budak saffel. Member-member gua yang dulunya skinhead pun ada yang dah bertukar profesion kepada menjadi budak hardcore, tabligh, model sambilan dan pelbagai lagi profesion untuk memajukan hidup.

No comments:

Post a Comment