Tuesday, December 7, 2010

Pelancapan Minda

Himpunan Analisa Terpilih Kaki Lepak Malaysia-LAH. Tak mahal. RM22 aje kat MPH.

Aku baru baca sikit buku Himpunan Analisa Terpilih Kaki Lepak Malaysia-LAH. Aku tertarik dengan artikel tulisan Vanguard yang berjudul Electronic Masturbation, Violence and Imagined Resistance. Artikel yang betul-betul membuka mata dan minda aku. Artikel ni sebenarnya memfokuskan tentang mechanism dan penggunaan internet dalam aktiviti social dan political serta mempersoalkan sejauh mana internet berjaya mengubah struktur sosio-politikal di Malaysia.

Umum semua mengetahui internet sememangnya sangat berguna dalam menyebarkan sesuatu maklumat. Internet juga dilihat sebagai satu alternative baru untuk kebebasan bersuara. Ini kerana dalam internet tiada sekatan. Jadi tidak hairanlah mengapa internet hari ini dilihat sebagai alat pembebasan fikrah dan penyumbang kepada emansipasi.

Dalam artikel tulisan Vanguard ini mengingatkan kepada kita bahawa sebenarnya belum pernah ada perubahan drastic dalam social-politikal yang disebabkan oleh internet. Sejarah pun membuktikan internet tak menyumbang apa-apa pun dalam revolusi-revolusi yang telah berlaku dalam lipatan sejarah. Adakah Revolusi Amerika berlaku disebabkan internet? Adakah revolusi Perancis berlaku disebabkan internet? Revolusi Bolsheviks? Jawapannya sudah tentu tidak. Ini kerana internet belum wujud pada ketika itu. Ini membuktikan takde internet pun boleh ada revolusi, perubahan social pun boleh berlaku. Sejak wujudnya internet belum ada lagi perubahan social yang besar berlaku disebabkan internet. Jadi apa yang penulis nak persoalkan di sini benarkah internet boleh menjana perubahan social? Itu yang penulis mahu kita fikirkan di awal penulisannya.

Ok, zaman skarang ni di Malaysia. Najib Razak ada fesbuk dan 1malaysia.com, Anwar Ibrahim pun ada fesbuk dan blog. Ustaz Azhar Idrus pun ada fesbuk (walaupun hakikatnya blog, fesbuk dan webpage mereka bukanlah diuruskan oleh mereka sendiri) . Ramai lagi ahli politik di luar sana ada fesbuk, webpage dan blog untuk merencanakan agenda perjuangan masing-masing. Sejak tsunami politik Mac 2008, ramai ahli politik telah beralih arah untuk menggunakan internet untuk mendekati dan memnangi hati rakyat. Dah jadi macam satu trend. Sepatutnya untuk mendekati rakyat, ahli politik tu turun padang. Bukannya bual-bual konek ataupun gebang macam nak rak kat internet. Ahli politik habitatnya di dunia luar, bersama rakyat. Bukannya di internet semata kerana kerana ahli politik sepatutnya adalah sosok yang nyata dan bukannya virtual.

Itu pasal ahli politik, penulis juga menceritakan pasal masyarakat yang leka mencari perubahan social melalui internet. Mereka lupa tentang jentera dan system yang digunakan oleh parti pemerintah juga bukanlah bersifat virtual. Ianya adalah nyata. Itu yang ditegaskan oleh penulis. Sistem dan jentera yang nyata inilah yang menghalalkan keganasan ke atas rakyat, apabila rakyat ingkar dan enggan tunduk kepada system mereka. Jentera mereka wujud di mana-mana di sekeliling kita. Polis, FRU semuanya nyata dan ianya tidak wujud di dunia internet. Apa yang penulis ingin katakan di sini ialah apa yang tidak wujud dalam dunia internet tidak boleh ditentang melalui internet semata. Aku memetik sedikit ayat daripada penulis,

“Physical and mental violence must be met physical and mental resistance, not virtual demonstrations and protests.”

Virtual demonstration di facebook menjadi kegilaan hari ini. Contohla.. ini contoh yang aku reka : group “KAMI UMAT ISLAM MENENTANG KEKEJAMAN YAHUDI LAKNATULLAH!”. Realiti yang sebenarnya, rejim Israel terus melakukan kekejaman di bumi Palestin. Dan lagi satu, untuk siapa group tu ditujukan. Orang Israel faham bahasa melayu ke? Sah-sah diorang tak faham. Macamla diorang ambik peduli. Lagi satu, Yahudi yang melakukan kekejaman tu tak wujud di internet. Mereka adalah nyata, dan bersenjata. Bagi mereka group facebook internet bukanlah ancaman besar buat mereka. Lu komplen-komplen kat fesbuk. Peluru diorang tetap menembusi tubuh-tubuh manusia. Kekejaman tetap berterusan. Jadi, apa yang berubah? Inilah namanya virtual demonstration. Virtual demonstration dilihat oleh penulis sebagai sesuatu yang sia-sia. Gua pun rasa macam tu.

OK, kata la korang menentang cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka. Aku rasa dah beratus ribu yang like group menentang menara warisan merdeka berbanding dengan yang menyokong, berapa ribu je. Itu pun Najib Razak masih lagi buat tak peduli. Ini kerana Najib Razak adalah sosok yang nyata. Apa dia kisah pasal internet. Mungkin jugak dia rasa ribu tu lagi banyak dari ratus ribu sebab tu dia tak ambik peduli. Cuba lu orang bayangkan apa jadi kalau yang ratus ribu ni turun ke jalanan untuk real demonstration, in a real world, not on internet anymore. Kasi dia tengok sendiri ratus ribu tu banyak mana. Dah tentu Najib Razak akan berasa gentar dan dia akan ambik peduli. Kan? Kan?

Jadi penggunaan internet dalam sosio political activism disifatkan oleh penulis sebagai sama seperti pornografi. Ataupun melancap. Cuba ko bayangkan ko melancap sambil menatap gambar Leah Dizon. Boleh ke Leah Dizon tu mencapai orgasm tiap kali ko melancap sambil tengok gambar dia? Of course NOT. Jadi sebab tu lah penulis meletakkan istilah ‘Masturbation’ pada tajuk artikel ini. Itu lah yang gua paham pasal apa yang gua baca tentang Electronic Masturbation, Violence and Imagined Resistance.

1 comment: