1 Disember 2010 (JB-Melaka)
Gua terjaga dari tidur. Gua tengok Huzaifa masih lagi nyenyak dibuai mimpi. Gua bingkas bangun dan terus ambik kain tuala dan menyarungkannya ke badan dan lepas tu gua tanggalkan pakaian satu persatu untuk pergi mandi. Mau tak mau gua terpaksa jugak melawan kedinginan pagi untuk pergi mandi sebab hari dah jejak pukul 10 pagi. Hari ni gua nak berjalan jauh. Gua perlu memulakan perjalanan awal untuk sampai awal ke destinasi. Lagipun pukul 10 pagi tak panas sangat. Memang sesuai la untuk memulakan perjalanan waktu-waktu macam ni.
Habis je gua mandi gua kejut Huzaifa. Lepas tu gua pack baju. Baju 3 helai, seluar jean sehelai, seluar pendek sehelai, kain pelekat sehelai, spender 3 keping, charger henpon, berus gigi, sabun dan syampu rambut rasanya sudah cukup untuk 2 hari. Sementara tunggu Huzaifa mandi, gua panaskan enjin motor untuk beberapa minit. Ini adalah penting sebelum memulakan perjalanan yang jauh demi menjaga prestasi enjin. Di samping itu gua juga memeriksa tekanan tayar dan aras cecair penyejuk.
Bila semuanya dah sedia, kami pun bertolak menyusuri Lebuhraya Utara Selatan. Singgah di Kawasan R&R Machap makan nasi lemak. Lepas tu, gua bawak motor lagi sampai R&R Pagoh. Dari Pagoh sampai Melaka gua serahkan amanat gua kepada Huzaifa.
Tiba di exit Ayer Keroh kami disambut oleh poster Ali yang tersenyum bangga kerana negerinya maju pada 2010. Sepanjang jalan ke Melaka, muka Ali bersepah di mana-mana, di tepi jalan, pada bangunan, kompleks kerajaan, papan iklan, bersepah-sepah muka Ali. Ada juga yang ditaja oleh Mamee. Gua ingatkan Mawi sorang je selebriti mi segera, rupa-rupanya Ali pun selebriti mi segera jugak. Ah, pedulikan Ali. Dah 3 tahun gua tak lepak Melaka. Melaka memang banyak berubah. Jalan pun dah cantik. Tak macam Sunway Semenyih, kejap nak besarkan jalan la, kejap nak tukar tanah sebab tanah mendap la, baru turap berapa minggu dah pecah balik. Bodoh punya pemaju. Menyusahkan rakyat. Sejak dari zaman gua sekolah menengah sampai la gua dah masuk U. Jalan Sunway Semenyih still under construction. Traffic jam kat Sunway Semenyih memang kronik. Tidak seperti di Melaka, jalannya lebar. Kesesakan jalanraya hanya berlaku di pusat bandar dan bukan di jalan-jalan utama. Syabas Ali! Tidak hairan la kenapa anda menjadi selebriti mi segera no 1 di Melaka.
Tiba bandar Melaka kitorang terus pegi Mahkota Parade, park moto kat sana dan jalan-jalan ke sekitar bandar Melaka. Huzaifa masuk MP bukannya apa sangat. Nak cari Inverno music. Ada la jugak barang gua beli kat sini. Gua beli CD band grunge, Maddame. Puas hati la gua dapat beli CD ni. Kat Johor payah nak dapat. Lepas tu bila petang sikit kitorang jalan-jalan sekitar bandar Melaka. Melaka skang dah ada menara. Gua ingatkan nak naik menara tu kena bayar dalam RM3 ke RM6 ke.. peh.. sekali tengok harga dia gua rasa macam gua dah boleh beli tiket bas balik rumah la. Lepas tu kitorang gi Stadhuys ambik gambar lepas tu jalan lagi jalan lagi dan jalan lagi sampai penat.
Time nak maghrib, kitorang dah penat. Malas nak jalan-jalan lagi. Balik MP cari mouse Almi. Semayang maghrib lepas pegi Melaka Sentral. Tiba melaka sentral lepak-lepak jap, semayang isyak. Dah habis sembahyang terus gi rumah Almi kat Malim Indah. Malam kitorang lepak ngan Almi, Mamak pun join sekali. Lama sial gua tak jumpa mamak. Time lepak kitorang borak-borak, dengar labonan Almi pasal keje dia sebagai MA. Pasal bekas wakil rakyat masuk hospital nak layanan VVIP, pasal nurse hot, pesakit hot, pesakit banyak komplen asal sikit nak komplen kat Ali. Kitorang bantai gelak je malam tu dengar cerita Almi. Habis je berambu malam tu gua dengan Huzaifa tido kat rumah Almi.
2 Disember 2010 (Melaka-JB)
Gua bangun pukul 11 lebih rasanya, bangun tido je gua baca zine. Huzaifa pulak tido lagi. Dekat pukul 12 baru dia bangun. Lepas gua lincah mandi, lepas mandi terus gi makan. Lepas tu Almi pulak siap-siap nak gi kerja. dia masuk keje pukul 2ptg. Aku dengan Huzaifa pulak siap-siap nak balik.
Bertolak dari rumah Almi. Kitorang tengok wayang. Habis tengok wayang Huzaifa pulak nak beli buku. Dah setel semua, kitorang terus bertolak untuk pulang ke Johor Bahru. Tiba dekat area Pagoh hujan la pulak. Tiba Machap berenti sembahyang Isyak. seluar gua basah kena hujan. Gila la. gua tak pernah naik moto dalam hujan lebat ikut hiway PLUS. Dah la takde lampu jalan. gelap. Lori dengan bas semuanya laju. Huzaifa bawak moto 140 km/j pun dia boleh potong. Dah la potong ikut lorong kiri. Celaka punya bas. Lebih kurang jam 10 malam baru kitorang sampai JB. gua sepanjang jalan membonceng motor. Membonceng lagi penat dari bawak moto. Sakit pinggang gua. Gua rasa macam tongkeng gua nak pecah.
3 Disember 2010 (JB-KL)
Penat la gua menaip. Gua bangun tido kemas bilik, hantar huzaifa, sembahyang jumaat,pegi pejabat, pulang kunci, kunci pendua tinggal dalam bilik, pegi pejabat balik mintak kunci, kemas bilik lagi, cek apa lagi barang tinggal, simpan motor, selimutkan motor, kunci bilik, pegi pejabat balik untuk pulang kunci, talipon huzaifa, huzaifa hantar gua sampai sri putri, beli tiket bas gagap, naik bas gagap sampai bukit jalil. balik rumah. habis cerita.
3 hari punya cerita compress dalam satu artikel.. smart chai~ ^_^
ReplyDelete