Wednesday, November 10, 2010

Menyelamatkan masa depan

Setelah lama menyepi, aku kembali dengan post baru. Sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia menginginkan masa depan yang cerah lip lap lip bak lampu neon di kota raya. Masa depan yang cerah gilang gemilang.

Aku juga seperti manusia lain, inginkan masa depan yang cerah gilang gemilang walaupun kehidupan aku terumbang ambing dan tak terurus. Dulu aku pernah kata masa depan lebih menakutkan dari mana-mana hantu ataupun puaka. Ini kerana kita bukanlah ahli nujum ataupun tukang tilik yang boleh meramalkannya. Kita sendiri tidak tahu apa yang bakal muncul kelak. Untuk mencapai masa depan seperti yang korang inginkan, korang harus menempuh liku hidup. Analoginya seperti ini. Masa depan ibarat kotak. Kotak yang memberi kejutan apabila dibuka. Kita sendiri tidak tahu isi di dalamnya sehingga kita membukanya. Detik kita mahu membuka kotak itu adalah detik yang paling genting. Crucial kata mat saleh.

Aku juga seperti manusia lain, risaukan masa depannya. Seperti si ibu merisaukan masa depan anaknya, seperti hartawan risaukan masa depan harta-hartanya, seperti sang jejaka risaukan masa depan cintanya bersama si gadis tercinta, hatta orang tua yang bakal menghabiskan sisa-sisa hidupnya di dunia juga risaukan masa depan - masa depan pewaris-pewarisnya. Aku tahu korang semua risaukan masa depan korang setelah korang baca post aku ni. Korang akan risau pasal masa depan korang jika korang berfikir tentang masa depan korang. Jangan nak bohongla... gua tau la.

Jadi setelah korang berfikir tentang masa depan korang marilah kita berbalik pada dunia realiti dan berpijak pada bumi yang nyata. Kita kembali ke hari ini, masa ini. Kerana hari ini adalah peluang - peluang kita untuk mengubah dan menyelamatkan masa depan kita. Percayalah! walau segagal mana hidup korang. Selagi korang masih hidup, korang masih mampu mengubah, mungkin tak banyak tapi at least korang masih mencuba. Percayalah! esok mentari masih ada.

Catatan sebelum tidur ini gua tuliskan khas untuk diri gua sendiri, yang risaukan masa depan tapi malas untuk berubah. Sekian saja catatan merepek dari gua.

3 comments: