Friday, November 26, 2010

Jimat

Bila dah tiba penghujung musim exam ni aktiviti mengulangkaji sudah tidak seagresif masa pertengahan exam. Perancangan aktiviti lepas exam lebih rancak daripada aktiviti study. Dalam study group dah start bercerita pasal kau beli tiket bas bila, habis exam kita pegi situ pegi sini, habis exam nak balik rumah, habis exam nak buat itu ini keje sana keje sini dan macam-macam lagi perbualan yang tak bersifat ilmiah diselangi dengan diskusi penyelesaian masalah yang membabitkan ilmu kejuruteraan yang bakal keluar exam nanti.

Bila exam dah habis gua nak laksanakan hobi-hobi gua yang tergendala masa musim exam. Gua sebenarnya mempunyai satu hobi, Gua suka berjalan-jalan dan melepak tak tentu hala.. Jangankan time cuti. Ada masa senggang tidak kira di mana jua. Gua akan merayau dan melepak.

Gua pelik la dengan sesetengah makhluk yang belajar kat universiti ni. Nak ajak makan luar pun tak mau. Mahal katanya, makan dalam U murah. Ajak makan luar pun tak mau, ajak jalan-jalan pun tak mau. Alasan dia, kalau jalan-jalan mesti kena keluar duit. Gila! Agak orang macam ni tak bosan ke terperuk dalam universiti memanjang. Tiba time cuti baru nak keluar dari universiti. Itu pun sebab nak balik rumah.

Bagi gua alasan makan kat luar mahal dan setiap kali jalan-jalan mesti keluar duit adalah alasan paling cliche dan tidak berasas. Lu ada MARA, lu ada JPA. Lu simpan duit tu nak buat apa. Duit untuk dibelanjakan, bukannya untuk disimpan dan dibuat pekasam. Ini sedikit kisah mat-mat kedekut yang selalu gua jumpa dan dengar.

Alah.. makan kat dalam U hari-hari jimat la.

Jimat tengkorak kau! ini kedekut namanya. Kalau dah lokek cakap je la lokek. Makan kat luar seminggu sekali bukannya keluar duit sampai berjuta-juta. Haha... gua memang pantang dengan orang jimat duit tak bertempat ni. Orang macam ni bajet dia bijak menguruskan kewangan. Ini bukan bijak, ini sombong bodoh namanya. Dalam bank ada beribu-ribu tapi sanggup tolak pelawaan member untuk makan luar sebab nak berjimat. Duit lu banyak lu nak jimat apa lagi. Lu nak guna duit tu untuk tempah batu nisan emas ke hape? Lokek nak mampus. Takkan la dah dekat 4 tahun duduk dalam U takkan pernah makan luar. Pelik gua. Nak ajak mengeteh kat luar pun payah.

Isshh.. Air ko nampak sedap la. Pow sikit.

Ini lagi satu hal. Dah la kedekut. Pow air orang pulak. Duit berkepok-kepok dalam bank takkan tak mampu beli air. Dalam bank ada 6000 makan minum pun nak pow orang jugak. Dulu gua ada member macam ni. Makan pow gua. Ubat gigi dia dah habis dia pow member gua punya. Dah la ubat gigi member gua tu tinggal sikit. Sekali dia picit siap lenyek-lenyek dengan berus gigi, habis terus ubat gigi member gua tu. Duit dalam bank dia tak payah cerita la. Orang tengah-tengah sem dah ramai yang pokai, dia kat dalam bank masih ada 3000. Gila babi la dia punya kedekut.

Ini kisah benar, gua pelik dengan orang-orang jimat tak bertempat ni.

Gua harap Huzaifa Zahri dapat menyambung penulisan gua berkenaan mat-mat kedekut ni satu hari nanti. Dia ni selalu berdepan dengan mat-mat kedekut.

1 comment:

  1. hahaha.. bakhil betol org yg ko maksudkn chai~
    bagus benda2 camni perlu didedahkan.. kalo kedekut x menyusahkn org xpe, neyh da la kedekut (dgn diri sendiri je pun).. pastu siap pow org laen plak.. haish =_= donia.. donia..

    ReplyDelete