Friday, October 29, 2010

Laptop dan TV 90-an

Laptop. Aku pun tak tau kenapa aku obses sangat mengadap benda alah ni. Kalau sehari tak mengadap alat canggih ni memang tak sah. Tak keruan jadinya. Dulu, masa aku kecik-kecik dulu laptop cuma satu impian. Orang kaya je boleh pakai. Ada TV dengan VHS tape player pun dah kira cukup canggih masa kecik dulu. Sekarang, everything is digitalized. TV pun dah tak pakai skrin cembung OSK lagi dah - bila tengok TV gambar kat TV macam kena fish eye effect. Hahaha. Tiba-tiba fikiran aku melayang-layang teringatkan TV Singer kat rumah aku masa aku kecik-kecik dulu. Takde remote control beb. Aku teringat masa tu bapak aku nak tukar channel, time baring dia ngensot badan dia pastu tekan punat channel guna kaki. Tapi bila aku ikut cara dia tukar channel, dia marah “Tak baik guna kaki! Tuhan dah bagi tangan gunala tangan!” Sambil marah tangan dia berjalan jugak cubit peha aku yang comel dan gebu ni. Eleh.. tak sakit pun. Mak aku cubit lagi sakit la. Sampai berbekas. Dia punya cubit… haluuuuussssssss….Hahaha..

Itu 90-an punya cerita, sekarang dah tahun 10-an, TV pun dah digitalized, high definition lagi.. skrin leper mengalahkan frame gambar. Boleh sangkut-sangkut lekat-lekat kat dinding. Tapi secanggih mana pun TV skang ni, aku dah tak minat tengok TV. TV hari ni macam gampang! TV hari ni adalah perkakas rumah paling bodoh selepas radio sebab banyak cerita bodoh. Mungkin diri aku pun dah digitalized skang. Perubahan masa ibarat analog-digital converter. Skang ni dah jadi lain. Kat universiti aku jarang mengadap TV. Aku lebih kerap mengadap laptop. Laptop yang dulunya satu impian kini menjadi satu realiti. Tak keterlaluan kalau aku katakan laptop adalah satu keperluan di zaman teknologi era globalisasi skang ni. Lagipun, harga laptop skang boleh dikira berpatutan la jugak. Laptop sekarang mampu dibeli oleh kebanyakan golongan masyarakat. Dari penjawat awam, awek UiTM, ketua kongsi gelap, penternak ikan keli dalam kanvas, pekerja sektor swata, sampaila Yang di-Pertuan Agong. Semua mampu memilikinya kalau ada duit dan bijak mengurus kewangan.

Boleh dikatakan setiap kali aku mengadap laptop aku macam kena pukau. Hari ni laptop aku banyak menceriakan suasana aku seperti TV yang mewarnai zaman kanak-kanak aku suatu ketika dulu dengan cerita kartun Usop Sontorian, Power Rangers, Jetman, Transformer (versi kartun yang takde Megan Fox), Thundercat, He-man dan ntahapahapa lagi cerita kartun. Cuma bezanya aku tak layan cerita kartun lagi skang. Dengan laptop aku boleh main internet, mencari jodoh, mengurat awek-awek dari Eropah, main bolasepak dan menang mudah dengan jaringan 8-0, muat turun, muat naik, buat assignment, layan movie, edit-edit gambo, menyimpan fail-fail rahsia, copy paste projek, dengar lagu, melepaskan geram, merelease tensyen dan memuaskan nafsu.

No comments:

Post a Comment