Friday, October 29, 2010

Berjaya

Gua tengok member2 skolah gua ada yang berjaya. Dengki gila gua. Ada yang jadi:

Arkitek

Novelis

Rappers. Hahahaha

Gua???

Tiba-tiba terpancar satu semangat untuk berjaya. Seolah-olah menjadi inspirasi yang mengejutkan gua dari mimpi hitam.

Gua mendongak ke satu sudut. Renungan gua tiba-tiba tertumpu pada satu arah. Gua cuba bayangkan gua menjadi petani moden. Mungkin jugak tauke kedai bundle. Mungkin jugak engineer di sebuah syarikat multinasional. Tiba-tiba gua teringat kata-kata gua sendiri, orang berjaya bukan saja sebab dia rajin banting tulang empat kerat, tapi sebab dia ada idea baru dan pandai cari peluang.

Cakap memang senang, realitinya nak convert dream to reality format bukan semudah menggunakan transducer yang boleh menukarkan perubahan mekanikal kepada isyarat elektrikal - ianya bukan seperti analog digital converter. Ianya memerlukan pengorbanan masa, akal dan kudrat. Boleh jadi makan tahun, tapi kalau pandai menipu dan selalu jumpa bomoh sekejap je boleh berjaya, dan jugak dipermudahkan Tuhan untuk jadi satay kat neraka besok.

Kata orang nak menggapai awan kenala naik kapal terbang. Gua rasa gua dah dekat airport yang betul, tiket pun dah ada kat tangan, cuma kapal terbang je tak sampai-sampai lagi.

2 comments:

  1. terbang je lah cepat2. bukan susah pun...

    oh, aku berfikir2 bila untuk aku bayar hutang cendol aku kat ko. ari tu raya ko tak datang umah aku. raya bila agaknya ko free? haha..

    ReplyDelete