Gua bakal mengakhiri zaman universiti gua tak lama lagi. Gua mengharapkan zaman universiti gua berakhir dengan baik, tanpa pengakhiran yang menyedihkan, penuh dengan adegan sebak di dalam hati dengan kerunsingan kepala pada tahap optimum. Bila tiba waktu-waktu macam ni gua lagi banyak termenung daripada buat kerja walaupun gua tau kerja gua sebenarnya berlambak-lambak macam sampah.
Termenung bukan sebarang menung, menung gua gua ada asasnya. Menungan gua berkisarkan halatuju gua sebagai seorang manusia dewasa kelak. Bermacam-macam jenis bayangan terlukis di kanvas minda gua. Tapi imej yang paling popular terbayang dalam kepala hotak gua ialah seorang lelaki yang berpakaian kemas sibuk memanjang dengan projek-projek kejuruteraan dengan gaji 3 - 4 ribu sebulan. Dan lelaki dalam bayangan gua itu adalah gua sendiri.
Kalau itulah yang gua akan jadi nanti, gua tak pasti gua gembira ataupun tak. Kata orang kalau duit banyak, tapi tak dapat life macam yang ko impikan tak best jugak. Sebenarnya bukan itu yang gua nak buat dalam hidup gua.
Sebenarnya dari kecik dulu gua minat seni. Seni lukis. Selalunya kalau cikgu mengajar kat depan, gua sibuk melukis kartun kat belakang. Bila cikgu tanya dah besar nak jadi apa, gua dengan yakin menjawab bila dah besar gua nak jadi perdana menteri. Satu kelas tergelak berdekah-dekah.
Eh, apa kena-mengena seni dengan perdana menteri?
No comments:
Post a Comment