Semalam aku sempat meluangkan masa untuk ke pawagam, walaupun masih dalam minggu exam.
Gua tonton hikayat pemuda bertukul sakti.
Ceritanya begini...
Thor, seorang anak muda yang rebel, berdarah panas dan pantang dicabar. Bab gaduh-gaduh pakai tukul memang bidang dia. Satu hari Thor tak puas hati bila kampung Asgard diceroboh sesuka hati. Jadi, Thor bertindak sendiri dan mengingkari bapanya, Odin iaitu ketua kampung Asgard. Dalam kampung Asgard, penduduk yang nakkan cop untuk sahkan salinan dokumen dan sijil boleh jumpa dengan Odin. Punyalah hebat kuasa si Odin ni.
Kerana tindakannya itu, kuasa sakti Thor dicabut, pangkatnya dilucutkan dan dia dihalau ke bumi sebagai seorang manusia biasa. Si bapa sempat bersumpah sebelum mencampakkan tukul Thor ke bumi,
"Sesiapa yang layak memiliki tukul ini akan memiliki kuasa sakti Thor!"
Thor mempunyai seorang adik, Loki. Loki tidaklah sekering hati Thor. Tapi dalam diam, Loki mencemburui Thor. Kebencian Loki terhadap Thor meluap-meluap bila Loki ni tahu yang dia ni cuma anak pungut. Bukan anak kandung Odin.
Lepas tu... biasalah.. adik-beradik bergaduh rebut kerusi parlimen. Ada main politik-politik sikit cuma bezanya takde video seks dan sumpah laknat kat masjid.
Filem ni dah berjaya pendapat pujian daripada gua di facebook. Dalam erti kata lain, kalau gua cakap cerita ni sedap, maknanya sedapla. rating yang gua beri kat facebook berdasarkan international standard. Sebab itulah filem Penghuni Istana cuma mampu memperoleh negatif 1 daripada 5 bintang.
No comments:
Post a Comment