Tuesday, February 15, 2011

Ability

Dalam dunia yang REAL, 100% adalah benda mustahil. Maksud aku perfection. Dalam dunia ni memang takde benda yang perfect atau mencapai tahap 100%. Contohnya dalam bidang kejuruteraan , secara ideanya memangla sesebuah mesin tu mahu dicipta dengan 100% kecekapan. Tapi, dalam dunia realiti memang takkan ada mesin yang kecekapannya 100%. Ini berdasarkan hukum fizik. Dan hukum fizik juga adalah hukum alam.

Tadi gua cakap pasal mesin, ini gua nak cakap pasal manusia pulak. Bagi gua kalau orang tu baik, tak semestinya dia 100% baik. Kalau orang tu pandai, dia bukannya pandai 100%. Mungkin dia 80% baik, 20% lagi macam setan. Dari segi kelebihan pun macamtu jugak, setiap orang ada percentagenya tersendiri. Macam pemain bola la.. berapa persen dia punya skill, control, speed. Ada statistik dia.

Kalau orang tu sentiasa dapat 4 flat kat university, tak semestinya dia power dalam semua bidang. Mungkin dia belajar je power, tapi bila ditanya apa beza bolt dengan nat gagap-gagap nak jawab, sampai terkeluar macam-macam dia punya istilah engineering dia. Padahal gua jawab mudah je, bolt ada kaki, nat ada lubang. Tak tepat, tapi masih boleh dikira betul kan? Kan?Mungkin dia power dalam engineering , tapi bila tiba pengetahuan geografi dia lemah. Macam member aku la, nak tunjuk pandai, cakap Tanjung Balau menghadap Selat Melaka. Padahal terang-terang dalam google map pesisir pantai area Bandar Penawar menghadap Laut China Selatan.

Gua pun macam tu jugak, gua lemah dalam mengira. Tapi bila bab tido melebihi 14 jam, gua yakin gua boleh menewaskan rakan-rakan gua yang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.Memangla Tuhan jadikan semua manusia tu sama, tapi bila bab ability, Tuhan bagi kita ability yang berbeza-beza. Tuhan bagi setiap manusia keistimewaan yang berlainan.

1 comment:

  1. BEST2.. ko punya analogi semua menarik chai~
    so jangan risau k~ selagi ko menulis,
    selagi tu aku datang melawat blog ko.. huhu

    aku x pandai menulis ayat2 best cam ko, tapi aku pandai bace n hayati penulisan ko ^__^

    ReplyDelete